Site Navigation
订阅《华总快讯》!
Ucapan Tan Sri Pheng Yin Huah
Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia
14 Mac 2011
Y.B. Dato’ Raja Nong Chik
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar,
Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati sekalian,
Terlebih dahulu bagi pihak penganjur saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Y.B. Dato’ Raja Nong Chik Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang sudi hadir untuk merasmikan majlis makan malam ini.
Saya berasa amat syukur kerana kita dapat menyambut perayaan Tahun Baru Cina pada malam ini dalam suasana begitu mesra, harmoni dan gembira. Walaupun negara lain sedang ditimpa bencana dan malapetaka, misalnya gempa bumi bermagnitud 8.9 dan tsunami yang melanda Jepun telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan yang begitu teruk baru-baru ini serta beberapa negara yang mengalami perang saudara yang menyebabkan rakyatnya kehilangan tempat tinggal dan bepuluh-puluh ribu nyawa terkorban.
Di negara kita , Tahun Baru setiap kaum bukan sahaja disambut oleh kuam itu sahaja, tetapi oleh semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, keharmonian dan perpaduan antara kaum.
Samada Hari Raya Puasa, Deepavali, maupun Tahun Baru Cina atau kaum-kaum lain, kita akan menjemput sahabat dari kaum lain untuk menghadiri majlis rumah terbuka. Tradisi ini telah memberi peluang kepada kita semua untuk bertemu dan bermesra , bertukar pandangan serta memahami adat-resam dan budaya di antara satu sama lain.
Maka, pada pendapat saya, majlis makan malam sedemikian akan mendatangkan manfaat yang besar kepada rakyat berbilangan kaum kerana ia memberi satu pentas untuk rakyat dari pelbagai kaum dan agama mempereratkan lagi hubungan persahabatan antara kaum dan mempertingkatkan lagi semangat perpaduan.
Tuan-tuan dan Puan-Puan.
Pada pendapat kami, setiap anggota di negara kita samada kerajaan ataupun rakyat mempunyai tanggungjawab untuk memelihara dan mengekalkan perpaduan yang kita perolehi sejak kemerdekaan. Kita mesti sentiasa memberi keutamaan kepada kepentingan masyarakat dan negara dan pihak berkuasa hendak melayani semua kaum dengan adil dan saksama.
Di sampimg itu, kita hendak berhati-hati dan menjaga perasaan kaum lain semasa menguruskan perkara yang menyentuh sensitiviti agama dan adat-resam kaum lain. Kita hendak sentiasa mengamalkan sikap kerjasama muhibah, tolak ansur dan toleransi apabila memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing.
Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia atau lebih dikenali sebagai Huazong merupakan sebuah NGO yang mewakili beribu-ribu persatuan Cina di Malaysia. maka kami mempunyai tanggungjawab untuk membantu Kerajaan mengujudkan masyarakat yang aman, harmoni, bersepadu dan makmur di mana semua rakyat dapat hidup dalam keadaan yang harmoni dan bersatupadu.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
Kejayaan dalam bidang ekonomi, kestabilan dalam politik dan kemakmuran negara yang kita nikmati sekarang bukan datang dengan kebetulan, ia adalah usaha semua rakyat. Perpaduan dan muhibah masyarakat juga tidak akan wujub dengan kata-kata atau cakap orang politik sahaja, semangat perpaduan hendak diserap dan dilaksanakan dalam kehidupan harian kita
Masyarakat berbilang kaum dan agama menjadi kelebihan kita dalam banyak akspek, misalnya dalam bidang ekonomi, kita boleh menggunakan hubungan masing-masing di Indonesia, Negeri China, Asia Barat dan India untuk melabur atau menarik pelaburan dari negara tersebut. Pelaburan dan perniagaan sedemikian boleh dijalankan dengan usahasama pelbagai kaum.
Saya percaya bahawa majoriti rakyat Malaysia berhasrat untuk membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bersatupadu, harmoni, bebas dan makmur kerana mereka faham akan kerjasama di antara satu sama lain akan membawa keuntungan kepada masing-masing.
Contoh yang typical ialah pasar malam di setiap taman perumahan yang penjajanya adalah dari pelbagai kaum. Pasar malam sedemikian akan menarik lebih banyak pelanggan, kerana ia menjual makanan, minuman dan barangan pelbagai kaum dan memberi lebih banyak pilihan kepada orang ramai.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
Huazong menyokong gagasan '1 Malaysia' dan dan percaya ia dapat mempererat hubungan dan perpadauan di kalangan rakyat, jika ianya dapat dilaksanakan dengan sikap yang terbuka terhadap kehendak rakyat semua kaum. tanpa mengira keturunan, lapisan social dan kepercayaan agama.
Kami memohon kepada kerajaan agar atas semangat ‘1 Malaysia’ kolum yang berkaitan dengan perkauman pada borang permohonan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dapat dibatalkan.
Kita menghadapi pelbagai cabaran hari ini, tetapi ianya tidak akan menghalang kita dari terus maju ke hadapan. Cabaran yang terbesar bagi kita adalah bagaimana hendak memastikan tiada golongan yang akan terpinggir dalam arus pembangunan dan usaha pengagihan sumber kekayaan negara.
Akhirnya saya ingin juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa majlis makan malam yang berusaha untuk menjayakan majlis ini. Terima kasih.
Highlight |
Activities |
Chairman |
|
No Upcoming Activities |
No Posts |